Pagi tadi merupakan solat subuh yang paling mendamaikan yang pernah saya alami.Entahlah,sebab apa pun tak tahu,keluar bersendirian di saat ramai manusia masih di buai mimpi,dalam kesamaran awal pagi dan dalam kedinginan hujan renyai-renyai ah,sungguh menenangkan.Walaupun saya sampai awal ke surau namun saya terpaksa bergegas dengan pantas untuk balik,khuatir payung akan hilang.
Sampai saja saya di muka pintu surau,kelihatan dua orang pakcik sedang berbual.Saya menghampiri mereka,seorang berusia dalam 40-an dan seorang lagi agak tua dalam linkungan 70-an.Rupa-rupa pakcik yang berusia 40-an tu bertanya ke mana arah tujuan pakcik yang agak tua tadi.Kerana apa?kerana dalam keadaan hujan yang agak lebat pakcik tua tu hanya bawak tongkat dia je,takde payung pun!Bile ditanya,dimana dia tinggal,agak jauh jugak rasanya.Peristiwa pagi tu berakhir dengan pakcik yang berpayung sorang lagi tu menemani pakcik tadi.
Dalam perjalanan balik,saya merasa agak terkilan.Pertama,sebab tak dapat buat pahala nak tolong pakcik tu.Kedua,kecewa dengan nasib yang menimpa pakcik tua tadi.Masakan tidak,dalam usianya yang sudah mencecah ke penghujung hayat,dia masih mengagahkan dirinya pergi bersolat berjemaah di masjid.Ke mana pula perginya para pemuda-pemudi yang masih muda dan gagah,jauh lebih berupaya dari pakcik tadi?Kenapa pakcik tadi mampu dalam kepayahannya pergi ke masjid berjalan kaki dalam keadaan hujan,tanpa payung pula,sedang pemuda-pemuda kita tidur dalam lena.
Menilai semula situasi ini,fikiran saya bingung.Jika tak dapat bangun subuh ke masjid sebab bangun lewat,kenapa masa world cup,euro cup,remaja-remaja kita mudah saja bangun seawal 2,3 pagi?Kemudian,saya sedar bahawa fenomena ini tiada kaitannya dengan kemampuan fizikal maupun material.Jika ya,ia ada kaitan maka ia sesuatu yang mustahil dan tidak diterima akal yang logik.Ianya adalah berkaitan kekuatan ketaqwaan dan keimanan generasi pemuda hari ini.Mengapa saya hanya mengaitkan ia dengan pemuda sahaja jika betul ia berkaitan keimanan dan ketaqwaan?Kerana pemuda adalah golongan yang sepatutnya terkehadapan dalam semua medan masyarakat hari.Dalam bidang keagamaan maupun akademik,bidang kemasyarakatan maupun pendidikan,kepimpinan maupun kerakyatan,semua harus ditempatkan pemuda.Kerana dengan adanya pemuda yang terlatih baik dalam bidang yang diceburinya,maka kita ada jaminan akan betapa cerahnya masa depan satu-satu institusi tersebut.
Begitu juga dengan masjid,sebagai salah sebuah institusi terpenting dalam sistem masyarakat islam,pemuda harus diterampilkan.Penuhkan masjid-masjid kita dengan golongan pemuda,ajak mereka bersama dalam program-program masjid,dan ingatan saya untuk tarik pemuda,program tersebut haruslah menarik dan kreatif.Buat golongan pemuda yang sudah sedia setia terikat hatinya dengan masjid,bawalah perubahan dalam lanskap masyarakat hari ini,buatlah program-program yang dapat menarik lebih ramai pemuda di luar sana.Bukankah ianya lebih baik dari hanya melepak,mak ayah pun taklah hanya menbebel sebab balik lambat tengok konsert,tak kan nak marah sebab pergi masjid kan?
Akhir kata,dengan ramainya pemuda-pemuda yang sedia mengimarahkan masjid-masjid kita,maka saya menjamin bahawa adanya masa depan yang cerah buat berkembangnya institusi masjid dan Islam itu sendiri.Majulah Islam sebagai ad-deen kita.Jadikanlah masjid kita akhirnya ibarat kilang,yang menghasilkan produk-produk generasi masa hadapan islam,yang boleh disandarkan harapan…





