Seruan Kebenaran
Al-Islamu ya`lu wala yu`la alaih

ERTI MERDEKA

‘Merdeka’,'bebas buat apa sahaja’,'boleh enjoy puas-puas’ adalah beberapa reaksi yang sering kedengaran di dalam kesibukan remaja-remaja kita berpesta di malam kemerdekaan.Jauh di lubuk hati,saya merasa sedih dan marah.Masakan tidak,jika inilah persepsi sebenar remaja kita pada erti kemerdekaan,maka ia merupakan tanda betapa rendah dan singkatnya tahap pemikiran dan moral remaja kita dewasa ini.

Setelah dengan megahnya kita merdeka dengan umur yang menjangkau setengah abad,inilah realiti remaja di sebuah “Negara islam hadhari”.Sememangnya tanpa syak lagi,masyarakat kita khususnya para remaja masih lagi terbelenggu oleh pemikiran penjajah.Ya,mungkin bukan penjajahan berbentuk ketenteraan bersenjata seperti di Palestin,tetapi penjajahan pemikiran dan sistem kehidupan.

“Ghazwatul fikr”ini yang dirancang penuh cermat dan teliti oleh yahudi dan nasara sudah berjaya menyerapkan seluruh sistem kehidupan ciptaannnya ke dalam sistem kehidupan masyarakat massa.Lebih penting,dalam konteks masayarakat malaysia hari ini,mereka telah berjaya mentransformasikan masyarakat kepada satu bentuk perhambaan baru,dari hanya memperhambakan diri kepada allah s.w.t kepada perhambaan sesama makhluk atau material.Budaya hidup hanya untuk senang,berhibur,mengasingkan urusan dunia dan akhirat semata,memisahkan agama dan kehidupan merupakan antara ciri-ciri tetap sistemm perhambaan baru ini.Kesannya,lahirlahn masyarakat yang miskin iman dan tandus akhlaknya,hancur luluh sistem sosialnya dan nasib kehidupannya seolah-olah dicatur dan dimanipulasi oleh manusia-manusia penguasa bertuhankan syaitan dan taghut.
Yang miskin akan terus miskin dan merempat,hanya yang berpangkat dan berharta sahaja akan terus hidup dan “survive”.Hakikatnya sistem ini adalah undang-undang hutan belantara yang maha zalim,yang tidak layak dipakai oleh manusia yang berakal.Namun bertopengkan “Kemodenan”,undang-undang dan sistem zalim ini terus terpakai,malah dianggap ini “Ketamadunan” sebenar.

Disinilah cabaran dan peranan kita sahabat-sahabat sekalian untuk kita mengejutkan masyarakat kita dari lena yang panjang.Langkah penting ialah,memberitahu masyarakat bahawa disana ada sistem dan manhaj yang lebih layak untuk kita anuti lantaran keadilannya iaitu sistem atau manhaj islam yang syumul.Islam,sebagai “A way of Life” merupakan solusi terbaik bagi mengantikan sistem kehidupan hari ini yang sudah sedia bobrok dan penuh kecacatan.Islam menyediakan panduan dalam seluruh aspek kehidupan;rohani,jasmani,sosial,politik,ekonomi dan sebagainya.

Jika difikirkan semula,semacam tiada alasan untuk kita menolak sistem islam ini lantaran kesempurnaannya,namun kenapa masih ramai yang menolaknya?biarpun yang ber”bin” dan ber”binti”.Sama-samalah kita merenungnya..

No Responses Yet to “ERTI MERDEKA”

Leave a Reply